Assalamualikum WBT..haiii,hujung minggu ne pasti ramai yg memenuhi masa dgn aktiviti bersama keluarga ataupn teman-teman.Tapi tidak kurang juga yg merehatkan diri dirumah,mengemas rumah,duduk saja2 pn ada jgk hihi..Apa-apa pn,selamat berhujung minggu semuaaaaaaa
Haaa,mesti ada yg tertanya-tanya dgn entri kali ne kn ..cukup pendek, kenapa 1 minit,kenapa bukan 30minit ala mcm rancangan bersama Ustaz Don,(tv Alhijrah) tuu..,kenapa bukan 1 jam jgk hehe...Haa..nnt kita kongsikan okey...
Betul la kata pepatah membaca tu jambatan ilmu...baru-baru ne sy ada terbaca mengenai apa yang kita boleh lakukan dalam masa seminit.Masa 2 baru terfikir betapa berharganya MASA kepada kita...1 minit pn kena dkira jgk???.Mungkin ada jgk yg terfikir tidak banyak yg boleh kita lakukan dalam masa seminit,ya mmg betul,tp dengan seminit itu la kita boleh menambahkan pahala seperti:
::.Berzikir,ini antara zikir harian yg boleh kita amalkan:

"Sesiapa yg membaca zikir (memuji nama Allah SWT) sebanyak 100 kali pada setiap hari,berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih dlautan."(Riwayat al bukhari dan muslim)
::.Memberi salam dengan 5org
::.Membaca sehelai halaman Al-quran
::.Berselawat sebanyak 30kali
-kalau sekali kita berselawat,Allah akan berselawat untuk kita sebanyak 10kali..cuba bayangkan kalau kita berselawat 30 kali....Masha Allah....
::.Membaca surah-surah lazim seperti alfatihah atau alikhlas sebanyak 10kali
::.Memohon doa meminta hajat kepada Allah SWT
Sebenarnya ada banyak lagi perkara baik dan terpuji yang boleh kita lakukan dengan 1 minit,dsamping mendapat pahala kita jgk dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.Oleh yg demikian mari la kita sama2 menghargai masa selagi kita masih memilikinya.Beringat la,masa itu ada la hak Allah,jika kita tidak mengejarnya dengan melakukan perkara baik,maka rugi la kita.
Sekian,


















